Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, July 11, 2014

No Comment

JAKARTA – Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono meminta dua calon Presiden memastikan penyokong mereka dapat mengawal diri sehingga keputusan rasmi pilihan raya Presiden diumumkan dalam tempoh dua minggu lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia akan meng- umumkan keputusan rasmi itu pada 22 Julai ini.

Yudhoyono berjumpa dengan seorang calon itu yang juga Gabenor Jakarta, Joko ‘Jokowi’ Widodo dan bekas pegawai kanan angkatan tentera Indonesia, Prabowo Subianto secara berasingan di luar rumahnya di Jakarta malam kelmarin..

“(Presiden) meminta agar kedua-dua calon menunjukkan kesabaran dan tidak menggerakkan rakyat di jalanan untuk meraikan kemenangan sehingga keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya diumumkan,” kata Yudhoyono menerusi akaun Twitternya kelmarin.

Tiada sebarang laporan mengenai keganasan berlaku di negara kepulauan itu.

Kira-kira 250,000 anggota polis telah bersiap sedia untuk mengawal ketenteraman, kata pihak berkuasa.

Prabowo telah mengkritik lawannya kerana mengisytiharkan kemenangan terlebih dahulu berdasarkan proses pengiraan undi cepat yang dibuat kumpulan-kumpulan persendirian..

Namun, beliau turut membuat pengumuman kemenangan berdasarkan proses pengiraan cepat yang dilakukan sebuah agensi yang tidak didedahkannya kepada media.

Pasaran kewangan Indonesia melonjak semalam kerana percaya Jokowi adalah seorang yang rendah diri telah memenangi pilihan raya itu yang berlangsung kelmarin.

Kelmarin, Jokowi membuat pengisytiharan kemenangan selepas agensi-agensi pengiraan menunjukkan beliau menang dengan 53 peratus undi manakala Prabowo memperoleh 47 peratus undi. – Agensi

0 comments:

Post a Comment