Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, July 3, 2014

No Comment
Shaharuddin Ibrahim.
PETALING JAYA: Suspek utama kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim tahun lalu berjaya diberkas.
Seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan bersama tiga lagi rakannya dalam dua serbuan berasingan pada awal pagi Selasa.

"Empat lelaki telah ditahan di Ampang dan Batu Caves. Mereka berusia dalam lingkungan 30-an dan 40-an," kata sumber.

Menurut sumber, salah seorang suspek kemudian membawa polis ke sebuah rumah di Taman Jati, Rawang kira-kira pukul 10 pagi Rabu.

Sehelai kemeja-T yang dipercayai digunakan oleh lelaki semasa menembak Shaharudin turut dijumpai.
"Lelaki tersebut kini berada di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya," katanya.

Shaharuddin, yang mengetuai Jabatan Perkastaman/Cukai Dalam Negeri akan bersara dalam tempoh setahun lagi sebelum beliau ditembak mati pada 26 April lalu.

Beliau berkhidmat di jabatan tersebut selama lebih 30 tahun dimana beliau banyak berjasa dalam menjayakan operasi mengekang ketirisan wang bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pada 26 April tahun lalu, Shaharuddin maut akibat ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya.

Sumber: mStar online

0 comments:

Post a Comment