Penduduk tempatan terpaksa melalui tiang elektrik yang tumbang. |
BEIJING: Taufan terkuat yang membadai selatan China dalam tempoh empat dekad, meragut 16 nyawa selepas mengorbankan sekurang-kurangnya 94 orang di Filipina, kata pegawai hari ini.
Taufan Rammasun yang membadai pulau Hainan, pesisir pantai selatan China pada Jumaat lalu meragut tujuh nyawa dan mencederakan berpuluh yang lain, lapor agensi berita Xinhua.
Sementara itu, sembilan orang dilaporkan terkorban di wilayah Guangxi ketika taufan berkenaan dalam perjalanan merentasi utara ke Vietnam.
Pentadbiran Meteorologi China berkata, taufan berkenaan adalah yang paling ganas melanda selatan China dalam tempoh 41 tahun.
Kelajuan angin mencapai sehingga 216 kilometer per jam, dengan ribut kuat menyebabkan bekalan elektrik terputus dan merosakkan beberapa struktur bangunan. - AP
0 comments:
Post a Comment