Taufan Rammasun Ragut 4 nyawa, 370,000 dipindahkan di Filipina
Taufan Rammasun disertakan dengan angin kuat yang merosakkan bekalan tenaga dan memaksa beribu penduduk ditempatkan di kawasan selamat di Filipina.
Ribut berkenaan yang turut dikenali sebagai Glenda, membadai kawsan tersebut dengan kelajuan sehinggan 185km/h. Setakat ini, pihak berkuasa melaporkan sekurang-kurangnya 4 maut dalam kejadian.
Bangunan kerajaan dan sekolah ditutup pada hari ini(Rabu) manakala penerbangan terpaksa dibatalkan.
Lebih dari 370,000 penduduk terpaksa dipindahkan, ujar Persatuan Bulan Sabit Merah Filipina.- SiakapKeli.com
0 comments:
Post a Comment