Di Cebu City Zoo di Filipina menawarkan khidmat urut selama 15 minit secara percuma menggunakan empat ekor ular sawa. Sememangnya urutan yang akan menguji keberanian sesiapa yang berani mencuba servis percuma ini.
Menurut pengurus zoo berkenaan, Giovanni Romarate, urutan percuma itu adalah salah satu dari promosi zoo berkenaan untuk menarik pengunjung supaya lebih berani berinteraksi dengan haiwan di zoo berkenaan. "Kami akan menjadikan zoo berkenaan menjadi zoo interaktif" - katanya.
Empat ekor ular sawa yang terlibat tersebut turut mempunyai nama mereka sendiri. Walter, EJ, Daniel dan Michelle. Mereka diberi makan sebanyak 10 ekor ayam sebelum memulakan servis mengurut mereka untuk memastikan mereka tidak lapar.
Isu keselamatan turut diterapkan oleh zoo berkenaan supaya tiada kes yang tidak diingini terjadi ketika proses pengurutan. Setiap peserta akan diberi taklimat pendek. Menurut salah seorang peserta, pihak zoo akan memberikan beberapa amaran seperti tidak meniup ke kulit ular berkenaan dan tidak menjerit kerana getaran akan memberi signal kepada haiwan pemangsa terbabit tentang bahaya ataupun makanan.
0 comments:
Post a Comment