Sudah
sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid
yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat
pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang
digunakan dalam pembinaan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat
batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak
bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik
pembinaan piramid ini?
Akhbar
Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita
saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat
untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu
yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang
dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan
batu asalnya.
Al-Quran Telahpun Mempunyai Jawapan
Jika
dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan perkara ini
1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat
Al Quran yang berikut:
وَقَالَ
فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ
غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا
لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ
الْكَاذِبِينَ
“Dan berkata
Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain
aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah
untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa,
dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang
pendusta.”
(Al-Qasas: 38)
(Al-Qasas: 38)
Para
saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam
menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka
gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di
batu yang mereka tinggalkan.
Profesor
Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang
paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari
batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari
olahan tanah liat.
Artikel
kajian yang diterbitkan oleh majalah “Journal of the American Ceramic
Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk
membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi
seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada
dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi.
Lumpur
tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air
garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran
tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang
disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun
mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di
tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.
Profesor
Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk
dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu
tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari
lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi
belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan
manusia.
Sebelumnya, seorang
saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan
dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier
berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian,
sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir
diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”
Penemuan
oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan
masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama terhadap
piramid Bosnia, “Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa batu-batunya
diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini
tersebar luas di masa lalu.
Kaedah
tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun
yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Rom ataupun Firaun.
Bukti-bukti
dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan bangunan
raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam
tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat. Al-Quran
adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan
para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.
Kita
tahu bahawa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah
melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah
Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu,
dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui
tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa
Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen
tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.
Ajaib,
1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas
berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen
yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.
Kenyataan
ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw
tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah
swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang
menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi
terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi
kebenaran kenabiannya di kemudian hari.
0 comments:
Post a Comment