Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, July 13, 2012

No Comment

Kami di Siakap Keli perasan diri kami cultured dan berpendidikan tinggi. Antara bukti kami perasan diri kami cultured ialah kami kerap memaparkan rupa muzium yang best seluruh dunia. Sebelum ini ada kami paparkan Muzium tandas India , Muzium Perang Penang dan Muzium Enzo Ferrari. Hari ini mari kita melawat muzium yang lain daripada yang lain. Ianya Muzium Chernobyl. 


Muzium yang terletak di Kiev ini dibuka semenjak 1992 dan mempamerkan artifak dari hari hitam dalam sejarah negara Ukraine. Antara yang dipamerkan ialah akhbar dari seluruh dunia dengan berita malapetaka Chernobyl, surat dari mereka yang bertugas pada hari tersebut, pakaian yang dipakai petugas serta model skala sebenar reaktor yang meletup. Letusan Chernobyl adalah malapetaka nuklear yang paling dahsyat dalam sejarah dunia dan menyebabkan ratusan kilometer kawasan tanaman yang subur sekitarnya tidak boleh diduduki manusia untuk puluhan ribu tahun! 


Letusan Chernobyl dan Fukushima Daiichi kedua-duanya mengingatkan kita kepada bahaya pergantungan manusia dan tenaga nuklear. Sesiapa yang berpeluang ke Kiev silalah ke 1 Khoryva Lane ( 1 Provulok Khoryva) untuk melawat muzium yang unik ini. Muzium dibuka dari isnin hingga sabtu dari jam 10 pagi hingga 6 petang.Bayaran masuk hanya 100 Ukrainain Hryvna (RM 40) seorang termasuk bayaran pemandu pelancong.









0 comments:

Post a Comment