KUALA LUMPUR
– Salah seorang suspek kes serangan ke atas Kompleks B, Jabatan Perdana
Menteri (JPM) Putrajaya disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya
petang tadi.
Bagaimanapun identiti lelaki itu belum diketahui.
Seorang lagi suspek, seorang wanita, yang juga ditembak kini sedang dirawat di hospital yang sama.
Dalam
kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 petang itu, kedua-dua mereka
mengamuk sambil melibaskan parang kearah anggota polis bantuan yang
berkawal di kompleks tersebut.
Berikut adalah kenyataan rasmi Polis Diraja Malaysia mengenai insiden berkenaan;
Pada
9/07/2012 jam l/kurang 1430 hrs bertempat di JPM KOMPLEKS B PUTRAJAYA,
saspek seorang lelaki dan seorang perempuan telah mengamuk di luar
perkarangan JPM dengan melibaskan pedang samurai.
Mereka berdua menuju ke pos pengawal dan telah dihalang oleh polis bantuan.
Saspek
lelaki telah meletakkan pedang samurai di leher SM polis bantuan di mana
polis bantuan tersebut terpaksa membenarkan mereka masuk.
Bila
berada di dalam perkarangan kompleks B, kedua-dua saspek telah
melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kerta HYUNDAI ACCENT Dan
PERODUA KANCIL milik kakitangan JPM.
Anggota cawangan pencegahan jenayah sampai di tempat kejadian setelah terima maklumat dari pusat kawalan daerah polis Putrajaya.
Apabila sampai di sana nampak kedua-dua suspek dengan pedang samurai.
Anggota
cawangan pencegahan jenayah telah kenalkan diri sebagai polis dan terus
diserang oleh kedua-dua saspek dengan pedang samurai.
Kereta pasukan mengalami kerosakan di mana cermin hadapan kereta pecah.
Anggota MPV sampai dan cuba membantu untuk tahan saspek.
Anggota
MPV juga diserang dengan jarak yang dekat oleh saspek menggunakan
pedang samurai dan seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das
tembakan.
Kedua-dua saspek telah dibawa ke hospital Putrajaya.
Didapati
saspek lelaki telah terkena tembakan di tangan kanan dan bahagian
ari-ari manakala saspek perempuan terkena tembakan pada paha kanan.
Saspek lelaki telah meninggal di hospital.
Siasatan
awal mendapati saspek telah menggelarkan dirinya sebagai ‘IMAM MAHADI ‘
manakala saspek perempuan masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya.
(Facebook PDRM).
0 comments:
Post a Comment