Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 14, 2012

No Comment

Ibu Hans Issac Dan Bapa Fauziah Gous Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR : Portal murai.com.my baru sahaja dikejutkan dengan berita pemergian ibu kepada pelakon dan pengarah Hans Isaac, Carmina Anciano Isaac, 74, yang telah meninggal dunia kira-kira jam 8.35 pagi tadi, di rumahnya yang terletak di Taman Tun Abdul Razak, Ampang.
Perkara ini dikongsi sendiri oleh Pengurus Hans Issac, Sue Hussin, Menerusi kiriman pesanan ringkas (SMS) sebentar tadi. Menurut Sue yang mewakili Hans Issac, jenazah mendiang akan dibawa ke gereja St. John, Bukit Nenas pada hari Rabu, jam 10.30 pagi bagi penghormatan terakhir.
Kemudian upacara pembakaran jenazah akan dibuat di krematirium dan upacara menabur abu akan dilaksanakan pada hari Khamis ini.
Ibu Hans sudah 2 tahun menderita akibat penyakit barah di tahap empat. Hans merupakan anak tunggal dan sangat rapat dengan ibunya. Takziah daripada murai.com.my untuk Hans sekeluarga.
Dalam pada itu, portal murai.com.my ingin mengucapkan takziah kepada pelakon Fauziah Gous diatas pemergian bapanya Mohd Gous Ghulam, 76, yang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital pada Sabtu lalu. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Sajadi Ibrahim dan 5 anak.
Difahamkan bapa Fauziah Gous sebelum ini telah menghidap pelbagai penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi. – Murai

0 comments:

Post a Comment