Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 31, 2012

No Comment
Enam Sub-budaya Jepun Yang Gila

Jauh sebelum bermulanya era k-pop dan dominasi budaya Korea, Jepun terlebih dahulu mewujudkan beberapa budaya moden yang unik dan agak gila kepada masyarakat mereka.
Nasib baik, hampir keseluruhan budaya itu kekal dalam negara itu sahaja.
Kebanyakan budaya pelik Jepun berasal dari sifat memberontak di kalangan remaja atau segilintir penduduk mereka.
Antara yang menarik:
Dekatora
Pemandu trak mengubah suai trak mereka dengan lampu dan pelbagai aksesori yang menjadikan jentera mereka ala-ala disko bergerak.
Semua aksesori itu tidak membantu apa-apa pun dalam kerja mereka selain menjadikan trak mereka menarik.
Dan trak berkenaan digunakan sepenuhnya untuk mengangkut pelbagai bahan seperti biasa.
Lampu-lampu berkerlipan di trak berkenaan biasanya akan hanya dibuka apabila seseorang pemandu trak itu cuba membuatkan rakan pemandu trak yang lain kagum.
Gyaru
Nama yang diambil sempena perkataan ‘gal’ dalam slang bahasa Inggeris, memperlihatkan anak-anak gadis muda memakai mekap yang tebal sehingga kulit mereka dilihat seperti dimamah matahari (tanned), rambut dengan pewarna perak yang berkilat jauh sebatu dan macam-macam pewarna lagi di muka mereka.
Kumpulan itu yang lahir puluhan tahun lalu di kejiranan Harajuku, Tokyo biasanya akan melepak di tepi-tepi jalan di hampir kesemua bandar utama Jepun.
Ada banyak jenis Gyaru dan setiap generasi baru semakin pelik penampilan mereka berbanding generasi sebelumnya.
Kumpulan itu bermula dengan kumpulan gadis yang dikenali sebagai kogyaru (pelajar wanita sekolah menengah), selepas itu datang generasi ganguro (meletakan warna putih di bibir dan sticker berkilat di muka).
Disebabkan muka mereka yang berwarna-warnai serta pemakaian skirt yang pendek serta stokin tinggi, ada pihak yang melawak dengan mengelarkan kumpulan remaja itu sebagai ‘pelacur panda’.
Lolita
Kalau di barat lolita selalunya merujuk kepada kanak-kanak yang seksi yang adakalanya digunakan dalam perdagangan seks.
Namun, di Jepun ia merujuk kepada kumpulan remaja wanita yang berpakaian ala-ala remaja zaman Victoria.
Berbeza dengan Gyaru yag akan mengenakan mekap yang keterlaluan dan mendedahkan diri sebanyak yang boleh, Lolita sebaliknya akan berpakaian terlalu sopan dan mekap yang terlalu sedikit.
Cara mereka berpakaian sebenarnya merujuk kepada fesyen yang sudah pun pupus sebelum nenek-nenek mereka lahir.
Bukan hanya remaja, malah ada di kalangan wanita berumur juga mengenakan pakaian yang sama.
Mengapa?
Mereka berpakaian demikian sebagai tanda menolak standard kecantikan dan seksi yang ditetapkan lelaki masa kini.
Pelayan Lelaki
Gaya Gyaruo yang bermula sebagai edisi lelaki untuk gyaru, merupakan kaedah yang dipilih untuk kononnya kelihatan ‘cool’ di kalangan budak-budak lelaki Jepun.
Kumpulan itu memakai pakaian mahal, berjenama, minyak wangi berliter-liter dan gaya rambut ala-ala Rod Steward.
Mereka juga memastikan kulit mereka sentiasa tanned.
Ciri penting kumpulan itu, mereka hidup dengan menemankan wanita-wanita kesunyian di bar untuk minum bersama.
Bukan semua lelaki dari kumpulan itu berkerja menemankan wanita kesunyian, namun sebahagian sahaja.
Asmara bukan matlamat utama, sebaliknya pelayan lelaki akan duduk minum dan memberikan kata-kata romantik ke telinga wanita yang mereka temankan.
Yankii
Dipercayai berasal daripada perkataan bahasa Inggeris slang Amerika Syarikat, Yankee.
Kumpulan ini terdiri daripada remaja lelaki dan perempuan yang selalunya akan mewarnakan rambut mereka dengan warna blond atau oren, memakai pakaian kotor, merokok, minum arak dan mengandung sebelum tamat sekolah menengah.
Mereka dikenali sebagai kumpulan yang biadap, suka membuat bising dan menentang budaya Jepun yang tegas.
Walaupun ada persamaan antara gyaru dan gyaruo, kumpulan Yankii dilihat menyamai kumpulan punk.
Kumpulan ini mulai muncul sekitar tahun 80-an.
Visual Kei
Gaya muzik dan pemakaian yang boleh disifatkan agak berbeza dari keadaan normal.
Gaya mereka menyerupai watak-watak dalam permainan video, Final Fantasy.

0 comments:

Post a Comment