Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 30, 2012

No Comment



LANGSUNG Tidak cukup dengan larangan polis, Dataran Merdeka malam ini ditutup untuk sebarang aktiviti, sekali gus menyukarkan rancangan sekumpulan aktivis menjayakan himpunan "Janji Demokrasi" mereka.NONEBagaimanapun, tidak jauh daripada itu, di Jalan Sultan, sekumpulan aktivis dan penduduk yang menentang pembinaan MRT di kawasan mereka sudah mula berkumpul.

Di Shah Alam pula, kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat juga berkumpul untuk sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dengan cara mereka tersendiri dengan tema alternatif "Sebangsa, Senegara, Sejiwa".

Berikut laporan langsung berkaitan:

10.05pm SHAH ALAM Perbarisan dan perarakan bermula. Perbarisan ini disertai oleh 53 kumpulan perbarisan antaranya pihak berkuasa tempatan dan tujuh kumpulan pancaragam.
NONESelain Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan Penasihat Ekonomi SelangorDatuk Seri Anwar Ibrahim, turut kelihatan barisan exco dan pemimpin Pakatan Rakyat.

9.50pm DATARANDianggarkan 1,500 hadirin telah memasuki kawasan Dataran Merdeka. Ketika ini masih belum kelihatan pemimpin politik atau penganjur. Manakala DBKL pula telah memasang selapis lagi pagar merentangi jalan berdekatan pentas sambutan merdeka.




9.40pm DATARAN  Orang ramai mula berpusu-pusu menghampiri dan kelihatan ceria sambil meniup vuvuzela.

NONE9.45pm JALAN SULTAN Peserta yang hadir semakin ramai. Mereka berbaris membuat perisai manusia sepanjang jalan daripada Lok Ann Hotel ke tapak bekas Stesen Bas Klang yang dirobohkan baru-baru ini.

9.10pm SHAH ALAM Kira-kira 500 orang sudah memasuki kawasan Dataran Kemerdekaan Shah Alam yang diwarnai mood karnival apabila aktiviti nyanyian oleh artis kebudayaan sebuah majlis perbandaran dimulakan.
NONE8.55pm DATARANOrang ramai mula memasuki kawasan berdekatan dengan dataran merdeka. Di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad berdekatan pentas, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memasang pagar merintangi menutup jalan di hadapan bangunan itu.

DBKL melalui arahan Datuk Bandar juga meletakkan papan tanda berbunyi "Kawasan ini ditutup untuk semua aktiviti" . 

0 comments:

Post a Comment