Laman sosial Twitter tempatan semalam tiba-tiba kecoh dengan sekeping
gambar yang menyaksikan artis yang tidak pernah lekang dengan
kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah dicium oleh seorang lelaki yang
tidak dikenali.
Menurut laman web hiburan terkenal, murai.com, gambar Zarina itu mula
tersebar di Twitter sejak pagi semalam sebelum disebarkan lebih meluas
di laman sosial internet lain seperti Facebook dan blog.
Gambar
tersebut menyaksikan lelaki tersebut memegang bahagian rahang Zarina dan
seolah-olah mencium aktres seksi itu di bahagian pipi.
Manakala Zarina pula dilihat seolah-olah cuba mengelak ciuman tersebut dalam keadaan ‘paksa rela’.
Bagaimanapun,
identiti lelaki tersebut masih gagal dikenal pasti memandangkan
wajahnya yang tidak menghadap kamera ketika gambar tersebut dirakamkan.
Selain
itu, murai.com turut menjelaskan bahawa pihaknya gagal menghubungi
Zarina untuk meminta penjelasan mengenai gambar tersebut memandangkan
telefon bimbitnya ditutup.
Zarina yang sebelum ini meluahkan
hasrat untuk berkahwin dalam masa yang terdekat, bagi menamatkan
kontroversi yang sering melanda kehidupannya sebagai seorang artis.
Dia
juga baru saja reda ‘berperang’ dengan seorang lagi pelakon drama yang
dikatakan miripnya, Lufya, dengan menyindir artis baru itu ungkapan
memalukan – ‘ketiak basah’.
Sebelum ini, Zarina juga mencetus
kontroversi apabila muncul seksi terlampau ketika menghiasi kulit
majalah dari Indonesia, FHM, sehingga menjemput kritikan pedas dari
ramai peminat industri hiburan tanahair.
Bermula dengan identiti
seksi, Zarina pertama kali mencetus kontroversi apabila beberapa keping
gambar bogel yang dikaitkan dengan dirinya bersama teman lelaki
tersebar di internet di awal pembabitan sebagai pelakon drama bersiri,
Anak Pontianak
Friday, April 27, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment