TOKYO
- Sebuah firma pembinaan Jepun mendakwa semalam ia mampu melaksanakan
rancangan luar biasa untuk meletakkan pelancong di angkasa lepas dalam
tempoh 40 tahun dengan membina sebuah lif setinggi 96,000 kilometer (km)
atau suku jarak Bumi ke bulan.
Firma
Obayashi Corp mendakwa lif itu boleh dibina dengan menggunakan
teknologi karbon nanotube yang lebih 20 kali ganda lebih kuat daripada
besi.
Menurut
firma berkenaan, lif itu dapat membawa sehingga 30 penumpang pada
sesuatu masa dan bergerak pada kelajuan 200 kilometer sejam selama
seminggu sebelum berhenti di sebuah stesen pada jarak 36,000km.
Ketua
projek itu, Satomi Katsuyama berkata, pelancong akan tinggal di stesen
berkenaan manakala kumpulan penyelidik dan pakar akan meneruskan
perjalanan.
"Manusia sejak dahulu lagi kagum dengan menara tinggi. Kami akan membina lif ini dari angkasa lepas dan bukan Bumi," katanya.
Walaupun
Katsuyama yakin pelan tersebut akan berjaya, beliau belum menetapkan
anggaran kos, lokasi dan pembiaya bagi membina struktur berkenaan.
Firma itu membina bangunan tertinggi di Jepun, Tokyo Sky Tree, yang setinggi 634 meter.
Antara
penglibatan syarikat itu dalam pembinaan bangunan ialah Dubai Metro di
Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Studio Universal Osaka, Jepun dan Stadium
Australia yang digunakan untuk Sukan Olimpik Sydney. - AFP
0 comments:
Post a Comment