DUBAI – Lelaki berusia 65 tahun yang dikatakan paling produktif di dunia
kini menikmati bulan madu dengan isteri barunya seoang gadis dari
Baluchi berusia 19 tahun.
Bapa super Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Daad Murad baru-baru ini mengahwini Nadia dari Turbat di Pakistan.
Lelaki itu mendedahkan beliau mengadakan hubungan seks dengan isteri remajanya enam kali sehari dari pagi hingga malam.
Daad Murad yang kudung sebalah kaki menarik perhatian antarabangsa
apabila cerita mengenainya disiarkan dalam muka surat depan majalah
Emirates Today.
Bercakap kepada laman web majalah itu, Daad berkata pengiraan zuriatnya
kini menghampiri sasaran 100 orang anak. Bayi perempuan yang baru
dilahirkan dalam keluarga itu hanya berusia sembilan bulan dan anak
ke-94 dijangka lahir pada November atau Disember tahun ini.
Daad berharap menjelang tahun depan beliau akan mempunyai 100 anak, satu
rekod dunia dan beliau akan berhenti berkahwin dan menghasilkan zuriat.
“Kiraan bermula dengan anak ke-93. Seramai 15 anak saya sudah berkahwin
dan mempunyai anak. Jumlah keseluruhan keluarga adalah 140 orang,”
katanya.
Pemandu trak yang sudah bersara yang menjadi tentera tidak mengingati
kesemua anaknya yang terbaru dan berjanji akan kembali dengan maklumat
betul.
“Saya menikmati kehidupan rumah tangga dengan dua lagi gadis dari
Baluchi. Seorang sudah berusia 50 tahun, kini sibuk membesarkan empat
anak.
“Majida, seorang daripada isteri dari Baluchistan, kini menikmati
limpahan kasih sayang saya. Pada usia 25 tahun, beliau juga bagus tetapi
saya menghabiskan kebanyakan masa dengan Nadia serakangkerana beliau
muda dan kami baru berkahwin serta tiada anak yang mengganggu. Beliau
gembira dan saya mengurangkan masa melawat dua lagi isteri saya,”
katanya.
Bercerita mengenai rahsia kekuatannya, Daad berkata beliau hanya mengambil campuran madu dengan daging burung puyuh kering.
“Saya tidak percaya dengan pengambilan bahan tambahan untuk seks seperti
Viagra dan syukur kepada Tuhan, kerana mempunyai tenaga untuk memuaskan
semua isteri saya,” katanya. – Agensi
0 comments:
Post a Comment