Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, December 1, 2012

No Comment
[Video] Saat Pintu Kaabah Dibuka Dan Tangisan Imam Masjidil Haram
Saat Pintu Kaabah Dibuka Dan Tangisan Imam Masjidil Haram - MEKAH : Semalam pintu Kaabah di Masjidil Haram dibuka untuk kerja-kerja pembersihan di dalamnya dan memberi peluang kepada para pembesar, diplomat dan tetamu kerajaan Arab Saudi memasukinya kira-kira pukul 11 pagi.
Kebiasaannya anggota kanan keluarga diraja Arab Saudi dan agensi keagamaan bersama-sama mencapai penyapu dan kain disirami air mawar untuk membersihkan bahagian dalam Kaabah, yang menjadi kiblat umat Islam.
[Video] Saat Pintu Kaabah Dibuka Dan Tangisan Imam Masjidil Haram
Kerja membersihkan Kaabah selalunya diketuai gabenor Makkah, yang melakukannya bagi pihak Raja Arab Saudi.
Upacara selalunya bermula sejurus selepas solat Subuh, apabila anggota keluarga al-Shaybi yang menjadi penjaga pintu Kaabah sejak berabad lalu mengeluarkan kunci struktur itu dari beg hijau.
Berkaki ayam dan berpakaian jubah putih tradisi, golongan lelaki menamatkan majlis dengan mengelap tembok marmar dan lantai bilik kecil itu dengan minyak wangi, menghidupkan semula tradisi dimulakan Nabi Muhammad SAW lebih 1,400 tahun lalu.
[Video] Saat Pintu Kaabah Dibuka Dan Tangisan Imam Masjidil Haram
Upacara itu, yang dijalankan dua kali setahun, memberi peluang untuk menjenguk ke dalam struktur yang digelar umat Islam sebagai pusat bumi itu.
Umat Islam menganggap Kaabah, yang terletak di tengah Masjid Haram di Makkah sebagai kawasan paling suci dalam Islam kerana Allah mencipta alam semesta dari tempat ia berada.
Kesucian tempat berkenaan memberikan kepentingan khas kepada upacara membersihkannya.
[Video] Saat Pintu Kaabah Dibuka Dan Tangisan Imam Masjidil Haram
Ia dilakukan sebelum Ramadan dan selepas sambutan Aidiladha.
Waktu lain Kaabah dibuka ialah apabila pembesar Islam seperti ketua negara meluahkan hasrat memasukinya.
Saksikan juga dibawah ini klip solat di Masjidil Haram yang diimamkan Sheikh khalid Ghamdi semalam.
[Video] Saat Pintu Kaabah Dibuka Dan Tangisan Imam Masjidil Haram
Suara sebaknya ketika membaca surah Al-Quran cukup membuatkan kita merasa sebak mengenangkan kebesaran Allah SWT.

0 comments:

Post a Comment