Kawan Baik Cuba Rogol - AMPANG : Menggunakan alasan pergi beraya di rumah rakan, seorang lelaki bijak memperdayakan seorang remaja perempuan yang juga teman baiknya sebelum dia cuba merogol mangsa di sebuah flat di Jalan Ampang, di sini, Sabtu lalu.
Bagaimanapun, mangsa terselamat apabila sempat melarikan diri daripada menjadi mangsa teman baiknya itu yang turut membawa bersama empat rakannya sebelum meminta pertolongan seorang penduduk di flat itu.
Menurut sumber polis, kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam dan remaja perempuan terbabit pada mulanya menerima pelawaan rakannya itu pergi beraya.
“Mangsa bekerja di sebuah restoran makanan segera dan memang mengenali lelaki terbabit yang dikatakan pernah bekerja di tempat sama sebelum ini.
“Mereka berdua berkawan baik namun mangsa tidak pernah menganggap rakan lelakinya itu sebagai kekasih dan melayannya seperti teman sekerja yang lain,” katanya.
Menurutnya, mangsa tidak mengesyaki suspek mempunyai niat buruk ketika mengajak dia pergi beraya di sebuah rumah rakannya.
“Mangsa dibawa ke tingkat lima sebuah flat di Jalan Ampang dan dia langsung tidak mengetahui yang rakannya itu sebenarnya sudah merancang untuk merogolnya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan mengesahkan menerima laporan berkenaan. – paapaada.blogspot
0 comments:
Post a Comment