KUALA LUMPUR – AirAsia menghubungkan semula Kuala Lumpur ke Cebu di Filipina.
Penerbangan ke bandar tertua di negara itu, berlepas hari ini dengan 70 peratus muatan penumpang.
Sektor Kuala Lumpur-Cebu sebelum ini dioperasi oleh AirAsia Philippines dan ditamatkan pada Disember tahun lepas.
AirAsia merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang beroperasi tiga kali seminggu dengan penerbangan terus antara dua bandar itu.
AirAsia dalam kenyataan berkata sempena penyambungan semula perkhidmatan itu, ia menawarkan promosi istimewa bagi laluan itu dengan tambang termasuk semua bermula dari serendah RM169 sehala.
Cebu merupakan destinasi ketiga AirAsia di Filipina dengan penerbangan terus juga boleh didapati dari Kota Kinabalu. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment