DUNIA menggesa Israel agar menghentikan kekerasan dan keganasan di Gaza pada Sabtu lalu, namun sebaliknya terjadi apabila negara haram itu bertindak ganas dengan meluaskan kawasan sasaran mereka.
Sabtu merupakan hari paling berdarah sejak konflik itu tercetus pada Selasa lalu, di mana sekurang-kurangnya 52 warga Palestin terbunuh.
Dengan itu menjadikan angka kematian meningkat kepada anggaran 154 orang (tiada rakyat Israel yang dilaporkan terbunuh).
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, kadar serangan pada waktu malam dan pengeboman itu adalah dua kali ganda berbanding serangan Gaza yang dilancarkan rejim Zionis pada tahun 2012.
Menurutnya, Israel tidak akan menghentikan serangan sehingga serangan roket yang dilancarkan para pejuang Palestin dihentikan.
Beliau juga berkata, Israel tidak akan tunduk dengan tekanan antarabangsa.
Pesuruhanjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Navi Pilay menyuarakan kebimbangan berhubung jumlah kematian orang awam akibat serangan itu.
Jumaat lalu, PBB menyatakan 77 peratus yang terbunuh dalam pencerobohan tentera Israel merupakan orang awam.
Tentera Israel menyatakan, pergerakan Hamas, Jihad Islam dan kumpulan-kumpulan pejuang Palestin menggunakan taktik itu untuk menyalahgunakan masjid dengan menyembunyikan senjata api.
Dalam pada itu, Menteri-Menteri Luar Arab akan bertemu di Kaherah, Mesir pada Isnin ini untuk membincangkan peningkatan konflik antara Hamas dengan Israel.
Setiausaha Luar United Kingdom, William Hague menyatakan, beliau berasa amat bimbang dengan kehilangan banyak nyawa di Gaza.
Beliau menyatakan kebimbangan itu di laman Twitter.
Menurutnya, beliau juga telah bercakap mengenai isu itu dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas. – Agensi
0 comments:
Post a Comment