Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, October 21, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Seramai 164 peniaga di seluruh negara dikenakan tindakan kompaun oleh Kementerian Kesihatan kerana menjual rokok secara `sebatang-sebatang’ kepada orang ramai.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kompaun bernilai RM18,000 itu perlu dijelaskan oleh peniaga terbabit berdasarkan tempoh yang ditetapkan.

“Jika mereka gagal membayar kompaun minimum RM500 setiap seorang ini, mereka akan didakwa di mahkamah. Kementerian Kesihatan turut merampas sebanyak 643 batang rokok bernilai RM514 daripada peniaga tersebut.

“Kementerian Kesihatan amat serius dengan kesalahan menjual rokok secara `sebatang-sebatang’ iaitu penjualan rokok dalam paket yang telah dibuka kepada orang ramai,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Noor Hisham berkata, kesemua 164 peniaga tersebut dikesan melakukan kesalahan dibawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 melalui satu operasi penguatkuasaan pada 30 September lalu.

Menurutnya, sebanyak 2.037 premis yang menjual rokok seperti kedai runcit, pasar mini, restoran dan stesen minyak di seluruh negara diperiksa dalam operasi itu.

Beliau dalam pada itu memaklumkan seramai 15 peniaga akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat kerana didapati menjual rokok tidak sah di premis masing-masing.

Katanya, jika sabit kesalahan, peniaga terbabit boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun.

“Sebanyak 1,514 kotak rokok tidak sah bernilai RM5,299 dirampas daripada peniaga terbabit,” katanya lagi.

0 comments:

Post a Comment