BARU-BARU ini panas seketika dengan kisah ‘kebengangan’ pelakon dan pengarah, Ida Nerina yang dikatakan mengecam media berbahasa Melayu yang disifatkannya tidak sensitif dan kolot dengan keadaan dirinya yang berkerusi roda.
Khabarnya, dia cukup pantang jika ada pihak yang menayangkan dirinya dengan imej berkerusi roda dengan alasan tidak mahu meraih simpati, apatah lagi bercerita mengenai perkara itu.
Tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenarannya mengenai dakwaan tersebut, namun kami yakin dengan pepatah, masakan pokok bergoyang kalau tiada angin, betul tak?
Jika benar Ida memang sensitif mengenai hal berkerusi roda itu, memang ternyata keyakinan dirinya masih berada di tahap yang rendah.
Bagi kami, wanita segarang dan setegas Ida tidak patut berasa malu dengan keadaannya.
Lihat sahaja personaliti seperti Ras Adiba Radzi yang begitu yakin untuk tampil di khalayak ramai tanpa perlu ‘merungut’ mengenai kerusi rodanya.
Sekarang minda orang Malaysia sudah makin terbuka ya. Tak kira berkerusi roda atau tidak, semuanya dianggap sama.
Jika Ida terus beranggapan begini, kami anggap pemikirannya itu yang sebenarnya masih kolot.
Oleh: ELZA
0 comments:
Post a Comment