KAMI andaikan ini antara kisah cinta sejati yang sememangnya sukar untuk ditemui pada masa kini.
Ian dan Larissa Murphy bertemu buat kali pertama di kolej pada tahun 2005 dan bercadang untuk berkahwin selepas menamatkan pengajian pada bulan Disember 2006.
Malangnya, kira-kira tiga bulan sebelum rancangan tersebut dapat dilaksanakan, Ia terlibat dalam kemalangan kereta berhampiran Pittsburgh, memetik artikel Daily Mail.
Akibatnya, dia mengalami kecederaan otak yang serius sekaligus menyebabkannya hilang upaya.
Jika anda fikir Larissa akan meninggalkannya, anda silap kerana selepas kejadian itu, dia membuat keputusan untuk tinggal bersama keluarga Ian bagi menjaga kekasihnya itu.
“Saya tahu walaupun dia tidak dapat bercakap, dia mencintai saya. Memang orang akan melihat dengan pandangan pelik apabila melihat kami keluar bersama. Tapi kami seronok dan saya bercakap sepanjang masa dengannya,” ujar wanita itu.
Apabila keadaan Ian semakin pulih, Larissa membuat permohonan kepada hakim untuk berkahwin dan ia diluluskan.
0 comments:
Post a Comment