Penyanyi Chris Brown dilaporkan telah memasuki pusat pemulihan untuk mengawal kemarahan atau sifat panas barannya yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
Menurut wakilnya, Brown telah memasuki pusat pemulihan itu dan matlamatnya adalah untuk mengembalikan fokus selain mengubah tabiatnya yang sering mencetuskan masalah sehingga menjejaskan kerjaya seninya.
Minggu lalu, Brown telah ditahan kerana bergaduh dengan seorang lelaki di hadapan Hotel W di Washington dan telah didakwa dengan dakwaan menyerang.
Brown yang masih lagi dalam parol polis selepas dakwaan menyerang bekas teman wanitanya, Rihanna pada 2009 dilaporkan telah melanggar perintah parol tersebut dan berkemungkinan besar boleh dipenjarakan akibat kesalahannya itu.
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment