Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, October 31, 2013

No Comment

DAMSYIK - SYRIA. Presiden Syria Bashar al-Assad bertindak memecat Timbalan Perdana Menterinya semalam kerana meninggalkan kerja tanpa sebab dan mengadakan mesyuarat di luar negara tanpa kebenaran.

Agensi berita Sana melaporkan, pemecatan itu dilakukan selepas media mendedahkan, Qadri Jamil mengadakan pertemuan dengan Duta Amerika Syarikat ke Syria, Robert Ford untuk berbincang mengenai rundingan damai Geneva.

“Beliau dipecat kerana meninggalkan tugas serta  melakukan mesyuarat tanpa kebenaran,” menurut laporan itu.

Sementara itu, Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdulaziz al-Sheikh menggesa umat Islam supaya tidak menyertai kumpulan militan di Syria.

“Anda tidak perlu ke sana kerana konflik di negara itu berkaitan dengan puak. Saya tidak sarankan sesiapa pergi ke sana dan cukup sekadar memberi bantuan melalui doa,” katanya dipetik Agensi.

Menurutnya, pemimpin mana-mana negara tidak sepatutnya menggalakkan rakyat mereka berperang di Syria.

Selama ini, Saudi mengecam pemerintahan Bashar dan menganggapnya sebagai kafir kerana berfahaman Alawiyyin iaitu sebahagian daripada fahaman puak Syiah.

0 comments:

Post a Comment