Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 30, 2013

No Comment

KOTA BAHRU – Kerajaan Kelantan mengumumkan cuti peristiwa pada 4 Nov sempena perlawanan akhir Piala Malaysia membabitkan Kelantan dan Pahang, di Stadium Shah Alam, pada Ahad.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Dr Zainuddin Ibrahim berkata pekeliling mengenai cuti berkenaan akan dikeluarkan, esok.

“Cuti peristiwa ini diputuskan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob hari ini.

“Ia sebagai memberikan kemudahan kepada rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat bola sepak untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia di Shah Alam, Selangor,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Dr Zainuddin berkata ia juga sebagai memberikan kemudahan kepada  penjawat awam untuk merancang aktiviti bersama keluarga sempena cuti yang agak panjang, bermula Jumaat.

“Kepada peminat-peminat TRW (The Red Warriors), diharapkan dapat memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan kesayangan rakyat Kelantan ini. Jagalah adab-adab kesukanan dan jangan tinggalkan solat,” katanya.

Perlawanan akhir itu akan diadakan di Stadium Shah Alam pada jam 8.45 malam. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment