Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, October 31, 2013

No Comment
Tanjong Karang: “Tolong...Aku dah tak larat!!!,” itu jeritan terakhir seorang remaja, Mohd Ijjuddin Sanusi, 15, sebelum tenggelam ketika sedang berenang bersama lima rakannya di Sungai Tengi, Kampung Ampangan, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa yang difahamkan baru pandai berenang serta mengalami kecederaan otot selepas bermain bola sepak sehari sebelum kejadian dipercayai mengalami kekejangan ketika mahu menyeberangi sungai selebar 30 meter berkenaan sebelum cuba diselamatkan rakannya. 
Seorang daripada rakan mangsa yang juga saksi kejadian, Mohd Riduan Abd Hamid, 17, berkata, kejadian itu kali pertama Ijjuddin berani berenang menyeberangi sungai berkenaan walaupun sudah beberapa kali diajak berbuat demikian sebelum ini. 

“Sebelum ini, dia hanya berani berenang di tepi saja.

ANGGOTA bomba dan penduduk kampung mencari Mohd Ijjuddin (gambar kecil).

“Ketika kejadian, kami berusaha menyelamatkannya, namun gagal sebelum dia tenggelam dan hilang daripada pandangan kami,” katanya semalam.

0 comments:

Post a Comment