Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 30, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan menutup sementara beberapa jalan menghala ke  ke Jalan Tengku Kelana di Klang, Selangor dari 30 hingga 2 November ini bersempena sambutan Deepavali tahun ini.

MPK dalam satu kenyataan media memberitahu, penutupan sementara itu bermula dari pukul 12 tengah malam pada 30 Oktober hingga 6 pagi pada 2 November 2013.

“Pengguna jalan dari Jambatan Musahiddin dan Jambatan Kota dinasihatkan melalui Jalan Tengku Diauddin, ke Jalan Istana dan Jalan Besar kerana Simpang Lampu Isyarat Hadapan Kedai Ajuntha di tutup.

“Bagi pengguna Jalan Istana dan Jalan Stesen, Jalan Datuk Hamzah, akan melalui Jalan Datuk Hamzah ke Jambatan Kota atau berpatah balik ke Jambatan Musahiddin kerana Simpang lampu isyarat hadapan Masjid India di tutup,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, kenderaan dari arah bulatan simpang lima ke Jalan Tengku Kelana boleh melalui Jalan Tali air, Jalan Mohet untuk keluar ke Padang Chetty atau berpatah balik ke lampu isyarat e-Library untuk ke Bulatan Simpang Lima kerana 3 Lampu Isyarat Hadapan Klinik Anika di tutup.

Selain itu, kata kenyataan itu, laluan dari Jambatan Kota (Jalan Tengku Diauddin) ke Jalan Mohet akan turut di tutup, manakala laluan keluar dari Lorong Tingkat ke Jalan Tengku Kelana di tutup dan kenderaan hanya boleh keluar ke simpang hadapan Klang Kelab sahaja ke Jalan Istana.

“Para pengguna jalan dinasihatkan menggunakan laluan alternatif seperti yang telah disarankan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Pengguna diharapkan bersabar dan memberikan kerjasama,” kata kenyataan itu.

0 comments:

Post a Comment