Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 30, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu kali ke-233 di Istana Negara di sini.

Mesyuarat dua hari bermula hari ini dihadiri semua Raja Melayu kecuali Kedah, Kelantan, Perak dan Pahang yang menghantar wakil masing-masing.

Pada mesyuarat itu Raja-Raja Melayu diiringi menteri besar masing-masing manakala yang dipertua negeri Pulau Pinang, Sabah dan Melaka diiringi ketua menteri.

Sementara itu, Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng hadir dengan diiringi Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dijadual berangkat menghadiri majlis santapan bagi memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu kali ke-233 malam ini.

Seri Paduka juga dijadualkan berangkat ke mesyuarat majlis itu esok. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment