Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 30, 2013

No Comment

LONDON : Britain akan menjadi negara Barat pertama di dunia menerbitkan bon Islam di luar negara-negara Islam, mencerminkan komitmen tingginya untuk menjadi satu daripada pusat kewangan Islam utama di dunia.

Ketika membuat pengumuman di Forum Ekonomi Islam Sedunia Ke-9 (WIEF) di sini, pada Selasa, Perdana Menteri Britain David Cameron berkata perbendaharaan ketika ini sedang mengkaji perkara-perkara praktikal untuk menerbitkan sukuk (bon Islam) bernilai sehingga 200 juta pound pada awal tahun depan.

“Kami menyasar menjadi pusat kewangan Islam terbaik di dunia Barat. Kami berharap dapat bekerjasama dengan Dubai dan Kuala Lumpur kerana mereka adalah pusat kewangan Islam terbaik di dunia,” katanya semasa ucapan khas di forum tersebut.

Penerbitan sukuk itu hanya sebahagian daripada beberapa inisiatif yangdiumumkan Cameron ketika negara tersebut menimbang idea menjadi satu daripadapusat kewangan Barat terbesar yang menawarkan perkhidmatan dalam perbankan danpembiayaan Islam di luar negara-negara Islam.

Pengumuman itu juga memberikan kelebihan kompetitif kepada Britain berbanding rakan-rakan Baratnya terutamanya memandangkan negara itu memiliki sektor perbankan Islam terbesar di luar Timur Tengah dan Asia.

Ia memiliki 22 bank patuh Syariah atau bank-bank dengan kaunter Islam, yang setakat ini telah mengumpulkan 22.3 bilion pound.

Cameron berkata di London juga terdapat 25 firma undang-undang yang menawarkan atau mengkhususkan dalam perkhidmatan kewangan Islam serta 16 universiti atau kajian perniagaan yang menawarkan Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan atau kursus mengenai kewangan Islam.

Beliau berkata London Stock Exchange juga akan melancarkan Indeks Syariah FTSE untuk menyediakan peluang bagi syarikat-syarikat yang berminat untuk memanfaatkan dana dalam pasaran itu.

Bagi menggalakkan lebih ramai peserta industri yang mempunyai kepakarandalam industri, Cameron berkata kerajaan Britain akan menawarkan 10 lagi Biasiswa Chevening yang mengkhususkan dalam kewangan Islam. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment