Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, October 31, 2013

No Comment

KEPALA BATAS – Seorang lelaki yang menghidap tekanan mental ditemui mati di belakang rumahnya di Kampung Labuh Banting pagi, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mayat Mohd Napiah Ramli, 45, ditemui dalam keadaan busuk dan berulat serta dipercayai sudah meninggal lebih dua hari lalu.

Kakak ipar mangsa, Halimah Hamzah, 50an berkata, adik mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Isa datang dari Pendang, Kedah semata-mata untuk bertemu dengan mangsa.

“Isa rindu akan abangnya dan dia ke sini untuk menjenguknya sambil bertanya khabar.

“Setibanya di sini, dia mencarinya dalam rumah tetapi tidak ada dan kemudiannya ke kawasan semak di belakang rumah untuk membuang air kecil.

“Dia terkejut tatkala terlihat mayat lelaki dalam keadaan terlentang dan berbau busuk. Walaupun keadaan mayat sudah mereput dan wajah sedikit berubah, namun Isa tahu itu abangnya,” katanya.

Dia berkata, mangsa yang turut menghidap penyakit sawan bekerja sendiri dengan mencari dan menjual buah kelapa.

“Selalunya mangsa ke rumah saya yang terletak berdekatan untuk meminta nasi, namun tidak berbuat demikian sejak dua hari lalu.

“Saya tertanya-tanya ke mana perginya mangsa, namun tidak menyangka dia telah meninggal dunia,” katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat. – Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment