KANYE West mendedahkan bahawa dia sebenarnya sudah lama tertarik pada tunangnya, Kim Kardashian sejak pertama kali melihat gambarnya bersama Paris Hilton pada tahun 2006.
Pendedahan itu dilakukan sewaktu rancangan temubual radio On Air With Ryan Seacrest, semalam.
“Saya tahu saya mahukan dia menjadi milik saya sejak dulu lagi.
“Apabila saya melihat gambarnya bersama Paris, saya teringat yang saya pernah bertanya kepada teman saya, pernahkah awak lihat si Kim Kar-dijon itu?” jelasnya.
Kim yang popular kerana video seks dan rancangan realitinya pada waktu itu kemudiannya berkawan baik dengan Kanye sebelum hubungan itu membawa kepada percintaan.
Nampaknya Kanye begitu berkobar-kobar meluahkan rasa cintanya kepada Kim.
Harapnya sampai ke akhir hayatlah ya walaupun tak begitu pasti. Maklumlah, Hollywood.
Oleh: ELZA
0 comments:
Post a Comment