Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, October 31, 2013

No Comment

Petronas hari ini mengumumkan penemuan sumber gas baru di tiga lokasi iaitu Malaysia, Indonesia dan Australia.

Penemuan pertama adalah dari telaga Pegaga-1 di Blok SK320 yang terletak kira-kira 250km dari arah barat daya Bintulu, Sarawak.

Berada pada paras air sedalam 108 meter, Telaga Pegaga-1 beroperasi di bawah Mubadala Petroleum.
“Operator telaga tersebut kini dalam perancangan untuk menjalankan penggerudian lanjut bagi menentukan jumlah penemuan selain kualiti gas,” kata wakil Petronas.

Petronas Carigali Sdn Bhd mempunyai 25 peratus kepentingan pada blok tersebut.

Manakala Di Indonesia, PetroChina, operator dan rakan kongsi Petronas bagi Blok Jabung di Sumatra, dilaporkan turut berjaya menemui gas melalui telaga NEB Base-1. Petronas memegang 42.85 peratus ekuiti bagi Blok Jabung.

Di Australia pula, telaga Evans Shoal North-1 di laut Timor telah berjaya membuat penemuan pada sasaran penggerudian sedalam 3,955 meter.

Antara rakan kongsi bagi NT/P48 termasuk Shell (operator; 32.5 peratus), Eni (32.5 peratus), Petronas (25 peratus) dan Osaka Gas (10 peratus).

Dalam usahasama ini, telaga tersebut beroperasi di bawah syarikat Eni.

Penemuan yang dibuat di Blok SK320 di Malaysia membuktikan bahawa masih terdapat potensi hidrokarbon di Sarawak.

Justeru menurut Petronas, syarikat berkenaan sentiasa aktif bersama kontraktor pengeluar kongsi mereka dalam menjalankan aktiviti menggerudi di lokasi laut cetek dan dalam bagi mendapatkan data seismik, elektromagnetik dan graviti bagi mencari kawasan-kawasan yang mempunyai potensi tinggi.

Beberapa syarikat pengeluar minyak dan gas telah berjaya membuat penemuan sebelum ini setelah melakukan aktiviti penggerudian di Sarawak seperti di telaga NC3/NC8, B14, Tukau Timut, Kuang Utara dan Kasawari.

0 comments:

Post a Comment