Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 8, 2013

No Comment
Alor Setar: “Sepanjang perjalanan, saya sentiasa berdoa supaya mangsa yang meninggal dunia bukan anak saya tapi sebaik melihat jenazah, memang sah itu anak saya, Nurul Najwa Mohd Naim, 15.”

Begitu kata Nazilah Hassan, 38, yang ditemui di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, apabila tidak dapat menahan sebak sejurus jenazah anak sulungnya dibawa masuk ke bilik mayat sehingga terpaksa ditenteramkan ahli keluarga.

Dalam kejadian jam 9.55 pagi semalam, Nurul Najwa bersama 11 mangsa lain, termasuk pemandu van, dipercayai dalam perjalanan dari Kepala Batas, Jitra, untuk membuat persiapan majlis perkahwinan di Kampung Lubuk Getah, Pendang.

Semua mereka dipercayai pekerja sebuah syarikat katering yang beroperasi Pelubang, Jitra, dikatakan bertolak dari pekan Kepala Batas di sini, jam 8 pagi sebelum terbabit dalam kemalangan di Kilometer 62.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Plaza Tol Pendang, dekat sini.

NAZILAH (kiri) tak tahan sebak ditenangkan saudaranya.


Kejadian berlaku apabila tayar bahagian kanan belakang van dinaiki mereka dikatakan pancit, menyebabkan kenderaan hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam parit berair, menyebabkan dua pekerja katering terbabit meninggal dunia di tempat kejadian.

0 comments:

Post a Comment