Kuala Lumpur: Kejohanan Pestabola Merdeka 2013 yang sedang berlangsung di Kuantan, Pahang cukup istimewa bagi skuad bawah 23 tahun negara (B-23) yang sudah sekian lama merindui aksi kompetitif di laman sendiri.
Biarpun kejohanan tertua di Asia itu dianggap seperti sudah ‘hilang serinya’ apabila hanya membabitkan empat pasukan saja berbanding dulu yang berjaya menarik penyertaan banyak pasukan termasuk kelab-kelab besar namun bagi kapten muda negara, Mohd Irfan Fazail ia tetap bermakna buat mereka.
“Tahun ini kami tidak mempunyai perlawanan kompetitif di sini, kami banyak menghabiskan masa berlatih dan mengadakan perlawanan di Eropah jadi kejohanan Pestabola Merdeka di Kuantan ini tentunya begitu istimewa bagi kami.
“Ini kejohanan pertama kami tahun ini dan dapat beraksi di depan penyokong sendiri pastinya satu pengalaman yang menarik,” katanya.
HARIMAU Muda A jalani latihan menanti aksi pembukaan.
Skuad Harimau Muda A yang menjadi teras kepada skuad B-23 negara berkampung di Vion, Slovakia sejak Mac lalu selama lima bulan bagi siri latihan dan perlawanan persahabatan di Eropah serta mewakili negara di temasya Sukan Universiti Dunia, Kazan, Russia.
0 comments:
Post a Comment