Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, July 21, 2014

No Comment

RIO DE JANEIRO – Bekas kapten Brazil, Dunga dijangka dilantik sebagai jurulatih kebangsaan Selecao buat kali kedua bagi menggantikan Luiz Felipe Scolari, lapor akhbar negara itu, Globo.

Kesatuan Bola Sepak Brazil (CBF) dikatakan merancang untuk membuat pengumuman minggu lalu namun bertindak merombak jawatankuasa teknikalnya terlebih dulu yang kini diketuai bekas penjaga gol, Gilmar.

CBF sebelum ini dijangka menamakan bekas jurulatih Corinthians, Tite bagi menjawat jawatan itu namun laporan media mengatakan badan induk itu mengubah pendirian untuk melantik Dunga sekalipun bintang itu pernah dipecat pada kali pertama pada 2010.

Globo turut melaporkan Dunga kemungkinan melantik Jorginho, rakan sepasukannya dan Gilmar ketika Brazil menjuarai Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat sebagai orang kanannya.

Agensi media terbesar di Brazil itu turut melaporkan Dunga, 50 menerima tawaran cukup lumayan daripada Venezuela yang beraksi baik pada Copa Amerika 2011 untuk memburu kelayakan Piala Dunia pertama di Russia pada 2018 namun menolaknya.

Dunga sebelum ini dipecat selepas kekalahan suku akhir kepada Belanda pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Begitupun di laman sendiri tahun ini, Brazil mencatat aib apabila tumbang 7-1 kepada Jerman di separuh akhir yang pantas menerima kritikan dan mengorbankan Scolari dan barisan kejurulatihannya.

Selepas Dunga dipecat, Brazil menamakan Mano Menezes sebelum digantikan Scolari yang diharap dapat mengembalikan kejayaan 2002 di Korea Selatan dan Jepun namun gagal sekalipun menjuarai Piala Konfederasi, tahun lalu.

Ketika kali pertama mengemudi Brazil, Dunga merekod 42 kemenangan, 12 seri dan enam kekalahan daripada 60 perlawanan. – AFP

0 comments:

Post a Comment