Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, July 29, 2014

No Comment

BANDARAYA GAZA: Pertumpahan darah di Gaza yang dilanda peperangan terus bergolak, hari ini dengan lebih sedozen warga Palestin terbunuh ketika konflik itu memasuki minggu keempat. 

Berikutan dua malam tanpa serangan udara, keganasan tercetus kembali di ruang udara Gaza dengan pesawat perang milik Israel menghala serangan ke atas 60 sasaran, antaranya stesen jana kuasa utama dan rumah seorang pemimpin kanan Hamas. 

Menjelang fajar pada hari kedua Aidilfitri, sekurang-kurangnya 24 orang difahamkan terbunuh, antara mereka sembilan wanita dan empat kanak-kanak ketika konflik masuk hari ke-22 dengan tiada sebarang petanda peperangan itu akan tamat. 

Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei pula mengecam keganasan Israel ke atas gaza dan menuntut dunia Islam membantu perjuangan Palestin yang terbabit dalam peperangan dengan negara Yahudi itu. 

Berikutan minggu yang sepi, keganasan tercetus semula, semalam yang terus menarik perhatian antarabangsa ketika menuntut peperangan itu ditamatkan. 

“Atas nama kemanusiaan, keganasan ini harus dihentikan,” rayu Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon. 

Namun, tuntutan itu seperti tidak dipeduli dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi amaran, semalam bahawa ia akan mengambil masa yang lama. - AFP

0 comments:

Post a Comment