Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 29, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Sabah, Paimuzi Yahya, 52, dilantik sebagai Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) yang baharu berkuatkuasa esok.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, pelantikan Paimuzi bagi mengantikan Datuk Che Mat Che Ali yang tamat tempoh perkhidmatan kontrak pada 6 Ogos lalu.

“Paimuzi telah berkhidmat dengan Jakim selama 27 tahun. Beliau merupakan lulusan di peringkat Ijazah dan Sarjana dalam bidang Syariah dari Universiti Malaya (UM),” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Othman berkata, Paimuzi pernah berkhidmat sebagai Pegawai Agama Islam Rembau, Ketua Penolong Pengarah di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Manakala, di Jakim beliau pernah memegang jawatan Pengarah Darul Quran, Pengarah Bahagian Pembangunan Insan dan Pengarah Latihan Institut Latihan Islam Malaysia.

0 comments:

Post a Comment