Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 23, 2013

No Comment

KUANTAN – Kerajaan Pahang memandang serius tuntutan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) di Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang didapati cuba mewujudkan liberalisme di negara ini.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata isu itu akan dipersembah kepada Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah selaku ketua agama negeri dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Ini antara enam resolusi yang diluluskan kerajaan negeri hari ini dalam pertemuan bersama ulama dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman serta Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) Dr Asyraf Wajdi Dusuki serta semua anggota Exco kerajaan negeri.

Menurut Adnan, resolusi lain ialah kerajaan negeri tidak mahu ada pihak mempertikaikan Islam sebagai agama rasmi; menyokong Delegasi Pertubuhan-pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPro) ke Geneva, Switzerland bagi memantau tuntutan Comango; dan memohon agar semua pihak dari seluruh negara menyokong MuslimUPro.

Kerajaan Pahang juga bersedia menjadi penyelaras bagi menghimpunkan ulama dan cendekiawan Islam dari seluruh negara untuk memberi kefahaman kepada umat Islam tentang ancaman puak liberalismen ini; dan resolusi terakhir merangka pelan induk bersepadu bagi memperkasa dakwah Islamiah di negeri itu, katanya.

Menurut Adnan kerajaan negeri juga akan memaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pendiriannya berhubung tuntutan Comango tersebut. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment