Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 23, 2013

No Comment

MELAKA – Pusat Zakat Melaka (PZM) mencatatkan peningkatkan 16.2 peratus kutipan zakat antara Januari hingga semalam iaitu lebih RM37 juta berbanding lebih RM31 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

Dalam tempoh tersebut, bilangan pembayar zakat adalah 28,216 orang iaitu meningkat kepada 2,506 orang berbanding tempoh sama tahun lepas.

Menurut kenyataan PZM selepas majlis penyerahan zakat korporat di sini hari ini, zakat pendapatan mencatatkan kutipan tertinggi iaitu lebih RM18 juta berbanding lebih RM13 juta dalam temmpoh sama tahun lepas.

Kenyataan itu menyebut zakat ternakan mencatat peratusan peningkatan kutipan tertinggi iaitu 67.36 peratus kepada RM65,375 berbanding RM39,062 dalam tempoh sama tahun lepas.

Ia berkata Majlis Agama Islam Melaka telah mengagihkan zakat berjumlah lebih RM37 juta kepada lapan golongan asnaf di negeri itu dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini iaitu peningkatan sebanyak 26.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Zakat asnaf Fisabillillah merupakan zakat tertinggi yang diagihkan berjumlah lebih RM12 berbanding zakat Ibnu Sabil yang mencatatkan pengagihan terendah berjumlah RM52,462, katanya.

Pada majlis itu, sebanyak 10 buah agensi yang beroperasi di negeri itu termasuk Kolej Universiti Islam Melaka menyerahkan zakat korporat mereka untuk tahun ini berjumlah RM501,432.

Majlis penyerahan zakat itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment