Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 23, 2013

No Comment

PUTRAJAYA – Hospital atau klinik swasta yang tidak mematuhi piawaian di bawah Akta Hospital Persendirian 1971 akan ditutup, tegas  Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan akan memberi masa kepada hospital atau klinik untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan yang dikenal pasti dalam tempoh ditetapkan sebelum arahan tutup dikeluarkan.

“Lepas diberi masa yang mencukupi, kalau mereka (hospital atau klinik) masih tidak boleh memperbaiki (kekurangan dan kelemahan),  kita tidak ada pilihan, kita akan tutup.

“Bagi (hospital dan klinik swasta) baharu, sekiranya tidak memenuhi syarat ditetapkan, lesen tidak akan dikeluarkan untuk ia beroperasi…kami perlu pastikan ia memenuhi semua syarat dan ketetapan,” katanya dalam sidang media sempena rakaman perutusan Deepavali di kediamannya di sini hari ini oleh semua stesen penyiaran utama di negara ini. Deepavali akan disambut 2 November ini.

Tanpa mendedahkan bilangan hospital dan klinik swasta yang telah dihentikan operasi untuk sementara waktu setakat ini, beliau berkata kementerian terpaksa mengambil tindakan tegas itu demi kepentingan pesakit.

“Kita (kementerian) tidak sewenang-wenangnya menutup sesuatu fasiliti yang tersedia ada. Kita (kementerian) akan bantu mereka dalam proses mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya sebuah hospital bersalin di Negeri Sembilan yang dilaporkan melanggar akta itu  diberi tempoh dua minggu untuk memperbaiki keadaan, atau berdepan kemungkinan operasi dihentikan.

Katanya, hospital terbabit itu didapati, antaranya mengeluarkan ubat-ubatan tamat tempoh selain tidak mempunyai pakar bius dan doktor pakar mencukupi.

“Pada masa sekarang, hospital itu (tidak dibenarkan) menjalankan  perkhidmatan pembedahan, bersalin tetapi kes pesakit luar boleh diteruskan,” katanya.

Sementara itu,  katanya kerajaan sedang menyediakan rangka tindakan bagi menangani masalah kesihatan membabitkan warga emas yang jumlahnya terus meningkat, iaitu dijangka 15 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia berusia 60 tahun ke atas menjelang 2030. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment