Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 29, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyeru kaum Cina negara ini supaya menjalin kerjasama dengan kaum lain untuk menjadikan malaysia negara yang berjaya, progresif dan makmur.

Beliau berkata, kaum Cina Malaysia perlu bersama-sama dengan kaum lain untuk membina masa depan yang lebih cerah buat generasi baru negara ini berasaskan prinsip hak serata dan peluang untuk semua.

Langkah itu juga bertujuan menghindari tragedi berdarah 13 Mei yang merugikan semua pihak berulang di negara ini.

“Saya percaya sebahagian besar rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, daerah atau pegangan politik tidak mahu rusuhan 13 Mei berulang di negara ini.

“Kerana itulah penting untuk rakyat Malaysia menyelamatkan negara ini daripada rancangan jahat sekelompok kecil pengkhianat yang mahu menggoncang kestabilan dalam negara ini menerusi tindakan mengapi-apikan semangat perkauman dan keagamaan serta meningkatkan ketegangan bagi mencetuskan satu lagi kejadian 13 Mei,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Beliau turut menyeru setiap masyarakat menyusun dan melancarkan kempen mencintai dan menyelamatkan Malaysia untuk menghindari pergeseran perkauman dan keagamaan.

Tegasnya, tanpa pergeseran kaum dan agama, Malaysia akan menjadi sebuah negara dunia yang berjaya, maju, makmur dan berdaya saing.

0 comments:

Post a Comment