Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 29, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Unit Penyelidikan UPM mencipta gasing alaf baru digelar polytops sebagai alternatif kepada gasing kayu yang semakin sukar ditemui di pasaran pada waktu ini.

UPM dalam satu kenyataan media memberitahu, polytops lebih selamat digunakan dan bertujuan mengembalikan kegemilangan sukan gasing yang semakin dilupakan generasi baharu.

“Polytops adalah satu inovasi gasing yang diperbuat daripada gabungan polimer dan gentian semulajadi serta logam yang mesra alam.

“Inovasi ini adalah hasil penyelidikan Prof. Dr. Shamsuddin Sulaiman bersama tiga rakan penyelidiknya dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan UPM,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, kos pembuatan polytops auh lebih murah berbanding gasing kayu dan boleh dihasilkan dalam kuantiti yang besar pada jangka masa singkat.

Gasing polytops juga dikatakan lebih selamat digunakan kerana tidak mudah pecah selain menepati ciri-ciri perkembangan terkini dan teknologi hijau dikitar semula.

Sehingga kini, polytops telah diedarkan di 50 buah sekolah di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

“Buat masa ini, proses pengkomersialan produk ini dikendalikan oleh Putra Science Park Unit Pengkomersialan UPM,” kata kenyataan itu.

0 comments:

Post a Comment