Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 29, 2014

3 comments

KUALA LUMPUR – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh hari ini membuat permohonan terbuka kepada para pembeli kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza model baharu.

Beliau membuat permohonan tersebut kerana terdapat pembeli terbabit lambat menerima kenderaan masing-masing disebabkan faktor yang tidak dijangka oleh Perodua.

“Bagi pihak Perodua, saya ingin memohon maaf kepada pelanggan khususnya pembeli Perodua Alza model baharu di atas sedikit kelewatan dalam penghantaran kenderaan mereka.

“Untuk pengetahuan pelanggan kami, kelewatan itu bukan kerana stok yang tidak mencukupi mahupun disebabkan faktor kualiti

“Tanggungjawab itu adalah milik kami dan kami sangat menyesal dengan kesulitan yang berlaku akibat kelewatan ini ke atas pelanggan Perodua,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Aminar Rashid seterusnya memaklumkan, pengeluarkan Alza model baharu kekal pada kuantiti 10,000 unit berbanding 8,000 tempahan sejak 20 Disember lalu.

Malah, katanya, kebanyakan unit terbabit telah berada di pusat-pusat jualan Perodua di seluruh negara dan sedang menunggu untuk penghantaran.

“Kami sedang memberi tumpuan usaha kami untuk memastikan bahawa anda menerima kereta secepat mungkin,” katanya lagi.

3 comments:

  1. bilenye?????
    ramai customer sedang mnunggu2 utk dptkn sblom cuti ni....
    kalo masih ade lg isu yg xselesai jgn trus promote alza baru tu.....
    bile dah setel smuanye dgn kastam baru bole launch....
    ini tidak myusahkan pada penjual yg jadi mangsa pada customer....
    customer plak sakit ati kerana terpaksa trus mnuggu.....
    jgn sampai customer trus boikot perodua!!

    ReplyDelete
  2. Betul. ..lah. kami jg antara pembeli kereta alza baharu. ..tempah 12 Feb. ..pinjaman lulus 13th feb. ..namun sehingga kini masih x dapat. ..mcm2 alasan....yg kesiannya para pembeli..beli kete tempatan nak sebulan x dapat. ..

    ReplyDelete
  3. yup.... loan lulus 3 minggu lepas, tapi belum ada berita lagi.. sib baik boleh sabar lagi ni...

    ReplyDelete