Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 29, 2014

No Comment

Sering kali anda tertanya-tanya pada waktu dan ketika manakah yang sebenarnya paling sesuai untuk melakukan senaman harian.

Sebenarnya bila-bila masa anda nak bersenam pun boleh, cuma ikutlah kesesuaian masa dan kelapangan waktu yang ada.

Di bawah penulis sertakan kelebihan waktu-waktu bersenam yang tertentu menurut kajian daripada pakar yang berkaitan bidang ini.

Awal pagi: Menurut Ketua Jabatan Sains American Council on Exercise, Cedric Bryant, “bersenam pada waktu ini menguntungkan kerana kamu dah selesaikannya sebelum pergi bekerja”.

Midmorning: Menyediakan tubuh kamu untuk makan tengahari yang menyihatkan dan ianya mengekang pengeluaran hormon lapar, ghrelin.

Tengahari: Bersenam mengepam darah tambahan ke otak, lantas menghantar lebih oksigen dan nutrien ke neuron. Ia juga merangsang pengeluaran bahan kimia dan hormon yang memperbaiki daya tumpuan dan keupayaan untuk berunding.

Petang: Ia mengoptimumkan circadian rhythm yang membuatkan anda tidur lebih nyenyak.

Lewat petang: Suhu badan paling tinggi waktu, jadi otot anda lebih fleksibel. Testosteron yang memuncak memberikan hasil lebih mantap.

Lewat malam: Melakukan yoga sebelum tidur merendahkan tahap kortisol dan mengurangkan rasa resah, jadi mudahlah anda nak lena.

Jadi, pilihlah waktu bersenam yang menjadi pilihan anda demi menyahut saranan Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin supaya rakyat Malaysia kekal fit dan bertenaga menerusi kempen #jomfit.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment