SENAI – Tiga parah dalam nahas jalan raya di Kilometer 27 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, dekat sini kira-kira 10.30 pagi semalam, membabitkan dua buah lori.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah lori telah masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lagi lori.
“Sebuah lori yang sedang dalam perjalanan dari arah Johor Bahru telah masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah lori lain yang datang dari hadapan.
“Kejadian menyebabkan tiga mangsa cedera parah dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.
Mangsa yang terlibat, Hazir Md Nor, 30, iaitu pemandu lori bernombor pendaftaran JKN9996; Viknes Subramaniam, 30, pemandu lori bernombor pendaftaran JGW 2396 dan kelindannya yang masih belum dikenalpasti identitinya.
0 comments:
Post a Comment