Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, July 25, 2013

No Comment
Sembilan suspek samun berparang diberkas

KUALA LUMPUR - Sembilan suspek yang dipercayai terlibat dengan beberapa kumpulan samun bersenjatakan parang diberkas dalam beberapa siri tangkapan di sekitar Cheras sejak 8 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, modus operandi beberapa kumpulan itu adalah dengan menyamun pada waktu malam di sekitar daerah ini.

Katanya, dalam serbuan pertama di kawasan parkir Flat Sri Pakar Jalan Sungai Besi, di sini, pada jam 4.35 petang, 8 Julai lalu, seorang lelaki berusia 36 tahun diberkas dalam sebuah kereta Toyota Harrier warna putih.

Mohan Singh berkata, dalam serbuan berasingan pada keesokan hari, seorang lelaki berusia 27 tahun ditangkap di dalam sebuah kereta Proton Perdana warna hitam, di Taman Connaught, di sini, pada jam 2.15 pagi.

Dalam serbuan ketiga, dua lelaki termasuk seorang daripadanya anggota polis yang ditahan tugas diberkas di hadapan sebuah institusi pengajian tinggi di Jalan Sultan Abdul Aziz, 15 Julai lalu.

“Kedua-dua suspek berusia 33 tahun itu dipercayai terlibat kes samun satu keluarga warga Myanmar di Kampung Cheras Baru, pada hari sama,” katanya.

Mohan Singh berkata, dalam serbuan berasingan di Taman Connaught, Khamis lalu, pihaknya memberkas empat lelaki berusia 19 hingga 50 tahun.

“Kesemua suspek itu menaiki sebuah kereta Proton Wira, hasil pemeriksaan, kami menjumpai tiga bilah parang, sebatang besi dan satu gunting yang disembunyikan di bawah tempat duduk penumpang hadapan kereta itu,”
katanya.

Menurutnya, tangkapan terbaru pada Jumaat lalu, polis memberkas seorang lelaki berusia lingkungan 22 tahun ketika suspek cuba menyamun pelanggan yang sedang minum di sebuah kafe di Taman Seri Bahtera.

0 comments:

Post a Comment