KUALA LUMPUR – Tan Sri Musa Hassan (gambar) mengesyaki cubaan membunuh R Sri Sanjeevan semalam, ada kaitan dengan rancangan Pengerusi Pasukan Khas Cegah Jenayah Malaysia (MyWatch) itu untuk mendedahkan sindiket jenayah melibatkan pegawai polis.
Bekas Ketua Polis Negara (KPN) itu membuat jangkaan demikian melalui akaun twitternya malam tadi, beberapa jam selepas Sanjeevan parah ditembak di Bahau, Negeri Sembilan.
“Saya harap polis membuat siasatan untuk mengesan suspek kerana dia (Sanjeeva) ada menerima ugutan bunuh berikutan hasratnya untuk mendedahkan pembabitan polis dalam sindiket jenayah,” katanya melalui akaun beliau, @TSMusaHassan.
Mengikut kenyataan polis semalam, mangsa berada dalam kereta BMW sebelum dihampiri dua lelaki bermotosikal di satu persimpangan di Taman Awana Indah, Bahau.
Pembonceng motosikal itu kemudian dikatakan mengeluarkan senjata api sebelum menembak Sanjeevan yang mengenai rusuk kanan mangsa.
Individu itu juga dikatakan kemudian turun dari motosikal tetapi mangsa memecut kenderaannya.
Sanjeevan dilapor stabil tetapi keadaannya kritikal selepas menjalani pembedahan di Hospital Kuala Pilah.
Sebelum kejadian itu, Sanjeevan ada menerima ancaman bunuh berikutan tweet beliau terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun @KBAB51.
Mengetag Khalid dan Polis DiRaja Malaysia, Sanjeevan mengepos tweet yang menyatakan ada sindiket akan mene
Musa kemudian menjadi Penasihat kepada badan bukan kerajaan (NGO) itu, menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13). 28 Julai, 2013. - THE MALAYSIAN INSIDER
Musa kemudian menjadi Penasihat kepada badan bukan kerajaan (NGO) itu, menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13). 28 Julai, 2013. - THE MALAYSIAN INSIDER
0 comments:
Post a Comment