Kaherah – Sekurang-kurangnya 136 penyokong bekas Presiden Mohammed Morsi maut ditembak anggota keselamatan Mesir semalam, dakwa Ikhwanul Muslimin.
Jurucakapnya, Gehad El-Haddad berkata, tembakan mula kedengaran sejurus sebelum solat Subuh di kawasan penyokong Morsi melakukan bantahan.
“Mereka menembak bukan untuk mencederakan tetapi membunuh” Gehad El-Haddad, Jurucakap Ikhwanul Muslimin
“Mereka menembak bukan untuk mencederakan tetapi membunuh,” dakwa Haddad yang percaya angka kematian mungkin lebih tinggi.
Aktivis membawa mangsa kena tembakan ke pusat rawatan sementara.
Ada yang diletak dalam pengusung atau ditarik dengan selimut.
Seorang remaja dilihat terbaring dengan kesan tembakan di kepalanya. Televisyen Al Jazeera melaporkan, 120 terbunuh dan 4,500 lagi cedera.
Lepaskan gas pemedih mata
Lepaskan gas pemedih mata
Haddad berkata, anggota polis melepaskan gas pemedih mata berulang kali selepas 3 pagi waktu tempatan ke arah penunjuk perasaan yang berada di sekitar Rabaa al-Adawia yang menjadi laluan utama ke Jambatan 6 Oktober.
“Peluru menghujani penunjuk perasaan. Polis berpakaian seragam gelap melepaskan tembakan manakala penembak tepat menembak dari bangunan dan jambatan berdekatan, katanya lagi.
Menteri Dalam Negeri pilihan tentera, Mohamed Ibrahim berkata protes penyokong Morsi akan ditamatkan mengikut peraturan.
Keganasan terburuk berlaku di kota kedua Mesir, Iskandariah selepas ada penyokong Ikhwan disekat keluar masjid oleh ‘samseng.’
Wartawan di Rabaa al-Adawia melaporkan, tembakan masih kedengaran beberapa jam selepas keganasan meletus.
Pegawai yang mentadbir rumah mayat Ikhwan, Dr Ibtisam Zein berkata kebanyakan yang mati kena tembakan di kepala dan di celah mata.
Penunjuk perasaan bersurai
Ahli politik kanan Ikhwan, Saad el-Hosseini pula berkata anggota keselamatan mahu semua penunjuk perasaan bersurai.
“Saya cuba meminta orang muda supaya bersurai selama lima jam tetapi gagal.
“Penunjuk perasaan enggan berundur,” katanya lagi.
“Penunjuk perasaan enggan berundur,” katanya lagi.
Haddad menekankan, Ikhwanul Muslimin komited kepada usaha mencari keamanan meskipun ramai maut.
Tindakan anggota keselamatan menembak penunjuk perasaan adalah yang kedua bulan ini menyebabkan ramai maut, kali pertama 8 Julai lalu menyebabkan 53 orang terbunuh.
Pihak berkuasa belum menjelaskan mengapa keganasan terbaru meletus sejak Morsi digulingkan dan akan dikenakan tuduhan jenayah termasuk membunuh. – REUTERS
0 comments:
Post a Comment