Enam terubunuh manakala lebih 40 lagi cedera dalam satu letupan bom di Filipina yang meranapkan semuab restoran yang ketika itu dipenuhi doktor yang sedang menghadiri satu konvensyen kebangsaan, semalam.
Menurut polis, letupan dari bom buatan sendiri itu tercetus kira-kira tengah malam waktu tempatan di sebuah restoran terkemuka di Selatan Manila di bandar pelabuhan Cagayan de Oro.
Ketua Polis bandar itu Senior Supritendan Graciano Mijares berkata kebanyakan mangsa terdiri dari doktor dan penjual produk farmaseutikal yang sedang mengikuti konvensyen berkaitan penyakit paru-paru di hotel berhampiran.
“Restoran ini adalah antara kawasan paling sibuk di bandar Cagayan de Oro, ada pihak meletakkan bom di sebuah kerusi di retoran ini,” katanya.
Beliau tidak mahu membuat apapun spekulasi berkaitan motif serangan itu memandangan siasatan sedang giat dijalankan.
Bandar Cagayan de Oro terletak di sebelah selatan Pulau Mindanao yang telah berdekad lama terlibat dalam konflik akibat pemberontakan umat Islam minoriti yang mana penduduk majoritinya ialah penganut kristian Katholik.
Seorang saksi, pemilik kedai elektronik berdekatan Noel Arcenas berkata ketika kejadian kira-kira 100 orang dilihat memenuhi restoran itu.
Menurut beliau letupan kuat itu memecahkan gelas, kerusi dan meja terbalik dan memusnahkan kereta yang diparkir 30 meter dari lokasi kejadian.
Presiden Filipina Benigno Aquino mengutuk keras serangan itu.
“Kita mengutuk tindakan kegansan ini ketika pertemuan para profesional, Kolej Kedoktoran Filipina sepatutnya menjadi penawar kepada penyakit bukannya menjadi mangsa letupan seperti ini,” kata jurucakap Presiden di Manila. – AFP
0 comments:
Post a Comment