ISLAMABAD – Usaha stesen televisyen Pakistan menarik bilangan penonton paling ramai semakin hangat pada Ramadan tahun ini dengan penyampai paling kontroversi menawarkan bayi yang ditinggalkan ibu bapa dalam program dikendalikannya.
Aamir Liaquat Hussain menyerahkan dua bayi kepada pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak setakat ini sepanjang Ramadan.
Rancangan itu menggabungkan unsur kebajikan dan amalan baik dan menerima sambungan hangat di kalangan penonton.
Dalam episod yang disiarkan minggu lalu, Hussain mengejutkan penonton di studio dengan berjanji menyerahkan seorang bayi kepada pasangan berminat.
“Bayi perempuan cantik ini dibuang di tempat pembuangan sampah. Lihat betapa cantiknya dia,” katanya sambil menunjukkan bayi ke arah kamera.
Beliau kemudian memperkenalkan pasangan penjaga baru bayi itu. Ketua rumah kebajikan yang menyelamatkan bayi itu menyerahkannya kepada mereka.
Wanita itu mengalirkan air mata menyifatkan bayi sebagai sebagai hadiah Ramadan. “Selama 14 tahun hidup dalam kesukaran, orang ramai menyuruh saya berpoligami tetapi saya sabar dan meminta isteri turut bersabar,” katanya. – AGENSI
0 comments:
Post a Comment