Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, July 28, 2013

No Comment
Pengarah JSJ Bkt Aman, Hadi Ho Ketuai Siasatan Kes Tembak Sanjeevan

BACA: PENGERUSI NGO MYWATCH PARAH DITEMBAK LELAKI TIDAK DIKENALI
KUALA LUMPUR – Siasatan polis berhubung cubaan membunuh Pengerusi Mywatch, pemerhati antijenayah, R.Sri Sanjeevan di Negeri Sembilan semalam akan memberi perhatian terhadap dakwaannya dalam twitter sebelum ini bahawa seorang anggota polis merekrut anggota sindiket untuk melepaskan tembakan ke rumahnya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, perkara ini adalah antara beberapa aspek polis Bukit Aman akan menyiasat kes itu sehingga kes itu sehingga ke akar umbi.
Khalid berkata, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah akan mengetuai pasukan petugas khas bagi menyelia siasatan itu sambil berharap Sri Sanjeevan segera sembuh untuk membantu siasatan itu.
“Saya beri jaminan kepada keluarga mangsa dan orang awam bahawa siasatan polis akan dibuat dengan teliti dan melihat kepada semua aspek termasuk apa yang didakwa SS (Sri Sanjeevan) sebelum ini,” kata Khalid dalam twitternya.
GAMBAR: Pengerusi NGO Pantau Jenayah Malaysia 'MyWatch' Parah Ditembak!
Semalam, Sri Sanjeevan, 29, cedera diperut akibat ditembak seorang pembonceng motosikal apabila mangsa yang memandu kereta jenis BMW menurunkan cermin kereta untuk merokok.
Kejadian itu berlaku pada 4.30 petang di satu persimpangan berdekatan Taman Awana Indah di Jempol, negeri Sembilan.
Sebelum insiden itu, Sri Sanjeevan menghantar tweet di @SanjeevanSS: “A @PDRMsia cop told some syndicate fellow that he’ll get them firearm & told them to fire few shots at my house to scare me/family!”. (Seorang anggota polis memberitahu beberapa anggota sindiket bahawa dia akan mendapatkan senjata api buat mereka dan menyuruh mereka melepaskan beberapa tembakan di rumah saya bagi menakutkan saya/keluarga)
Sementara itu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan melawat Sri Sanjeevan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban di mana keadaannya disifatkan sebagai kritikal tetapi stabil.
Dalam tweetnya, Musa berkata, keselamatan awam boleh dipastikan jika integriti polis kekal utuh.
Beliau berharap polis akan menjalankan siasatan menyeluruh untuk menjejak mereka yang terlibat dalam insiden tembakan kerana Sri Sanjeevan telah menerima beberapa ancaman sebelum ini. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment